Salam Perkenalan
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini merupakan blog pertama saya. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai persahabatan. Apakah yang anda faham tentang persahabatan? Bagaimanakah persahabatan tersebut boleh dipupuk? Mengapakah persahabatan harus dipupuk?
Pada pendapat saya apa yang saya tahu tentang persahabatan adalah ianya berkaitan dengan sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain.Persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa
ReplyDeletepersahabatan merupakan suatu hubungan yang dijalin antara manusia yang membawa maksud yang sangat murni dan ikhlas. tak kisah lelaki mahupun perempuan kita boleh berkawan asal kita saling faham memahami. persahabatan akan dapat dipupuk dari awal lagi sekiranya kita mampu mengenali hati budi seseorang. jika kita kenal dan faham akan keperibadiannya, maka senanglah kita untuk menyesuaikan diri dalam menjalinkan persahabatan. Antara sebab kenapa persahabatan harus dipupuk dalam kehidupan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia, agar hubungan persahabatan anatara manusia akan menjadi lebih baik dan mengelakkan diri daripada berfikiran buruk, iri hati serta mencegah daripada sikap suka melontarkan fitnah. Oleh itu, penting lah bagi kita untuk memupuk persahabatan dalam kehidupan kerana sebaik baik sahabat adalah sahabat yang ikhlas dan sentiasa ada bila diperlukan.
ReplyDelete