Sunday, November 27, 2016

Definisi Persahabatan

Pada pendapat saya, persahabatan merupakan sesuatu hubungan akrab yang melibatkan dua pihak atau lebih. Persahabatan boleh dipengaruhi oleh dua perkara iaitu baik atau buruk. Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Contoh pengaruh baik, ketika seorang sahabat sedang berduka kerana dimarahi oleh pensyarahnya, sahabatnya haruslah sentiasa berada di sisi sahabat tersebut untuk memberi nasihat dan semangat kepada sahabat yang sedang berduka tersebut agar diri sahabat tersebut lebih yakin dan kembali positif. Contoh pengaruh buruk pula adalah, ketika seorang sahabat sedang berduka, sahabatnya hanya membutakan mata dan tidak menghiraukan langsung perasaan sahabat yang sedang terluk tersebut. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan sahabat yang dalam masalah tersebut kerana tiada dorongan untuk dia terus bersikap positif dan kemungkinan dia akan melakukan perkara yang membahayakan dirinya sendiri.

2 comments: