Wednesday, November 30, 2016

Still counting

Ini adalah pengalaman aku dalam persahabatan.
Pada 10/6/2014, hari pertama menjejakkan kaki ke Highschool Setapak, yelah jadi budak baru siapa je yang kita berani tegur? Memang pishang jugak duduk sorang-sorang. Setelah 30 minit masa berlalu, datang seorang lagi budak baru. Nasib baik perempuan, aku ajak la dia duduk sebelah aku. Start dari situ minah tu menjadi sahabat aku sampai sekarang dan selamanya inshaallah. Walaupon dia jenis yang gila-gila tetapi aku layankan je. Yang paling penting, kiteorang xpernah bergaduh walaupon sekali.


Tak sampai sebulan lepastu, aku dapat lagi sahabat yang gila-gila, ngam pulak tu. Maka, terbentuklah satu group diberi nama "Ciketum". Semua ahli group tu sama-sama gila,selekeh, happy go lucky.


Ini adalah classmate aku yang perangai lebih kurang gila je semua. Yelah mula-mula je segan dan malu, lama-lama semua tu da hilang. Dah anggap macam satu family dah. Bila seorang terasa sakit, semua pon turut rasa sakit tersebut.  



Pada 8/2/2016, hari pertama aku bekerja sebagai cashier di Hasani Bookstore, aku ni nampak je pendiam tapi bila da kenal mulut ni jadi macam bertih jagung. Di sinilah bermulanya pertemuan aku dengan set-set budak lepasan Stpm Smk Gombak Setia. Dorang sangat kelakar, support each other, saling menasihati. Faktor-faktor tersebut mendorong aku semakin rapat dengan dorang sehingga terbentuk satu lagi group baru iaitu "Jemahzs". Mereka saling berkongsi pengalaman pahit dan getir, menasihati antara satu sama lain sehingga sekarang walaupon masing-masing sedang mengejar kejayaan di bumi ini. Walaupon jarang bertemu, kami still keep in touch.




Monday, November 28, 2016

Indahnya Persahabatan

Persahabatan antara manusia akan lebih baik jika terselit dengan perkara-perkara yang mulia. Dalam erti kata yang lain perlulah kita mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam menjalinkan hubungan persahabatan. Persahabatan akan menjadi lebih indah andai sekiranya kita memiliki sifat ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Hal ini demikian kita perlulah sentiasa menemani sahabat kita tidak kira saat susah ataupun senang. Dari segi Agama juga ada menerangkan,....

  • Nilai Seorang Sahabat

Terkait pentingnya seorang teman, Rasul memerintahkan agar kita selalau berusaha untuk tidak sendirian saat berpergian, hendaklah ia mencari seseorang untuk menemaninya. Ini bukti bahwa memiliki teman sangatlah dianjurkan bagi seorang muslim.
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي الوَحْدَةِ مَا أَعْلَمُ، مَا سَارَ رَاكِبٌ بِلَيْلٍ وَحْدَهُ
Seandainya orang-orang tahu bahaya kesendirian sebagaimana aku mengetahuinya, niscaya mereka enggan pergi sendirian malam-malam. (al-Bukhari)
Berdasarkan pernyataan di atas, pentingnya sahabat dalam semua keadaan. Jelas bahawa terdapat nilai keikhlasan dalam persahabatan.

Sunday, November 27, 2016

Definisi Persahabatan

Pada pendapat saya, persahabatan merupakan sesuatu hubungan akrab yang melibatkan dua pihak atau lebih. Persahabatan boleh dipengaruhi oleh dua perkara iaitu baik atau buruk. Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Contoh pengaruh baik, ketika seorang sahabat sedang berduka kerana dimarahi oleh pensyarahnya, sahabatnya haruslah sentiasa berada di sisi sahabat tersebut untuk memberi nasihat dan semangat kepada sahabat yang sedang berduka tersebut agar diri sahabat tersebut lebih yakin dan kembali positif. Contoh pengaruh buruk pula adalah, ketika seorang sahabat sedang berduka, sahabatnya hanya membutakan mata dan tidak menghiraukan langsung perasaan sahabat yang sedang terluk tersebut. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan sahabat yang dalam masalah tersebut kerana tiada dorongan untuk dia terus bersikap positif dan kemungkinan dia akan melakukan perkara yang membahayakan dirinya sendiri.

Saturday, November 26, 2016

Salam Perkenalan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini merupakan blog pertama saya. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai persahabatan. Apakah yang anda faham tentang persahabatan? Bagaimanakah persahabatan tersebut boleh dipupuk? Mengapakah persahabatan harus dipupuk?